Monday, November 4, 2024
30.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kate enggan berbaik dengan Harry, Meghan

    Sebilangan pakar mengatakan konflik antara Putera Harry dan Meghan Markle serta keluarga diraja Britain tidak dapat diperbaiki.

    Memetik kenyataan yang disiarkan dalam portal tabloidbintang, bekas koresponden diraja BBC, Jennie Bond mendakwa Majalah OK! Britain berkata Selasa lalu bahawa Kate Middleton sangat kecewa dan tersinggung dengan tindakan Meghan dan Harry selepas kedua-duanya meninggalkan keluarga diraja. Perkara itu membuatkan Kate enggan berdamai dengan Duke dan Duchess of Sussex itu.

    “Apabila awda datang daripada keluarga yang bahagia dan bersatu–seperti Kate -amat sukar untuk memahami bagaimana orang semakin menjauh,” kata Jennie.

    “Saya fikir dia percaya bahawa jurang itu boleh diperbaiki dan selepas pengebumian Putera Philip, kami melihat Kate bercakap dengan Harry dan dengan jelas menggalakkan William untuk melakukan perkara yang sama,” katanya.

    “Tetapi sekarang kita tahu bahawa ia tidak mungkin berfungsi,” dakwa Jennie.

    “Malah, William dan Harry bergaduh sejurus selepas pengebumian. Akan tiba masanya awda perlu menerima hakikat bahawa keluarga bahagia bukanlah satu permainan yang boleh dimainkan oleh semua orang,” katanya.

    Pakar diraja itu juga menyatakan Kate dan William adalah ‘pasangan kuat’ dan berkemungkinan telah membuat kesimpulan bersama bahawa ‘konflik dengan Harry tidak boleh diperbaiki dalam masa terdekat.’

    “Mereka telah menutup fikiran mereka terhadap kemungkinan (perdamaian dengan Harry dan Meghan) dan memutuskan untuk meneruskan kehidupan mereka,” katanya. – Agensi

    Kate Middleton sangat kecewa dan tersinggung dengan tindakan Meghan dan Harry meninggalkan keluarga diraja. – tabloidbintang
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda