Gara-gara baby bump Katrina Kaif, berita bahawa dia telah pun hamil tersebar dengan begitu pantas dan menjadi tajuk utama di beberapa media.
Ia membuatkan peminat kepada aktres jelita ini teruja dan tidak sabar menanti kehadiran anak pertamanya hasil perkahwinan dengan aktor, Vicky Kaushal.
Gambar baby bump Katrina itu disedari sewaktu dia menjayakan filem Merry Christmas bersama Vijay Sethupathi selepas mencipta kejayaan dengan Phone Bhoot apabila ia dimuat naik di E Times Instagram.
Malangnya, baby bump Katrina itu bukanlah disebabkan dia benar-benar hamil. Tapi, ia disebabkan wataknya sebagai perempuan yang mengandung di dalam filem Merry Christmas tersebut.
Merry Christmas adalah filem India Selatan pertama yang dijayakan Katrina dan dia sangat teruja apabila diberikan watak yang mencabar.
Apapun, Katrina tetap jelita dengan baby bump itu dan pastinya peminat tidak sabar untuk menanti berita kehamilannya yang sebenar.
Karina dan Vicky Kaushal berkahwin pada Disember tahun lalu dan bakal menyambut ulang tahun perkahwinan mereka tidak lama lagi.
Desas-desus mengenai kehamilan Katrina sudah mula kedengaran sejak beberapa bulan lalu, namun pasangan ini tidak pernah mengulas apa-apa tentang spekulasi tersebut.
Sumber yang rapat dengan pasangan ini memberitahu, jika Katrina dan Vicky merancang untuk mendapat zuriat pertama mereka, mereka pasti akan mengumumkannya kepada peminat. Buat masa ini tumpuan mereka adalah pada kerjaya. – Agensi