Tuesday, March 25, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Katumbi cuba masuk Congo

    LUBUMBASHI, Congo, 3 Ogos – Pemimpin pembangkang Moise Katumbi yang dibuang negara tidak akan mendarat di Republik Demokratik Congo (Congo) selepas dihalang dari memasuki negara itu, namun dia akan cuba memasukinya melalui Zambia, kata partinya hari ini.

    Katumbi, 53 tahun, yang tinggal dalam buangan di Belgium sejak Mei 2016, telah merancang untuk terbang dari Johannesburg menuju ke bekas kubu kuatnya di Lubumbashi dalam satu bidaan untuk menyertai pilihan raya yang lama tertangguh Disember ini di Congo.

    Namun, datuk bandar di bandar itu semalam berkata kemasukannya akan ditolak.

    Sementara itu, jurucakap Katumbi, Olivier Kamitatu berkata ‘”kebenaran untuk terbang dan mendarat telah pun ditolak oleh Kinshasa.”

    Kamitatu berkata di twitternya, “Kami akan berlepas menuju bandar Ndola, Zambia untuk memulakan perjalanan menuju Lubumbashi.”

    Gambar bertarikh 27 April 2018 menunjukkan Katumbi ketika berucap pada satu sidang media di Kigali, Rwanda. – AFP

    Sekurang-kurangnya dua pusat pemeriksaan polis telah pun dibangunkan untuk memeriksa kemasukan ke lapangan terbang Lubumbashi pagi hari ini dan jalan utama menuju ke Zambia telah pun disekat oleh sebuah trak, menurut seorang wartawan AFP.

    “Seperti yang anda saksikan, kami sedang menunggu bagi presiden (Katumbi), namun mereka yang berkuasa tidak mahu dia berada di sana,” kata adik Katumbi, Abraham Soriano.

    Rombongan Katumbi tidak dapat mengesahkan bahawa dia telah meninggalkan Johannesburg menuju Zambia, hari ini.

    Bekas gabenor dari selatan wilayah Katanga yang kaya dengan sumber galian pernah memiliki hubungan rapat bersama Presiden Joseph Kabila yang lama memerintah, sebelum kedua-duanya tersingkir. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda