Katy Perry pilih nama neneknya untuk bakal cahaya mata

Selepas mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan, penyanyi Katy Perry kini tidak sabar untuk memilih nama anak sulungnya bersama pelakon Orlando Bloom.

Menerusi laporan Dailymail, sumber terdekat memberitahu bahawa Katy Perry merancang untuk memilih nama mendiang nenek iaitu Ann Pearl Hudson.

“Sekarang ini Katy tak sabar nak pilih nama anak perempuan pertamanya. Difahamkan Katy mungkin akan pilih nama neneknya yang dianggap sebagai ini seorang pejuang.

“Katy juga percaya bahawa bukan satu kebetulan apabila jiwa neneknya meninggalkan bumi, kini jiwa lain pula akan tiba menggantikan dirinya,” kata Katy.

Sebelum ini, Katy Perry dan Orlando Bloom meluahkan rasa teruja dengan berkongsi mengenai jantina bakal cahaya matanya itu di laman Instagram peribadinya pada Sabtu lalu. – Agensi

Katy anggap mendiang neneknya seorang pejuang. – Agensi