Katy Perry tidak takut untuk bersalin

Hanya menunggu saat kelahiran cahaya mata pertamanya, penyanyi Katy Perry mengakui dia tidak berasa takut atau bimbang untuk bersalin.

Memetik laporan Hollywoodlife, Katy Perry memberitahu kesakitan yang bakal dialaminya sepanjang proses bersalin itu hanya sementara dan akan berlalu.

“Kesakitan itu akan berlalu. Ia hanya sementara sahaja,” kata Katy Perry.

Katy Perry yang kini sedang hamil sembilan bulan anak kepada tunangnya, pelakon Orlando Bloom bakal menimang cahaya mata perempuan dalam masa terdekat.

Sebelum ini, sumber terdekat memberitahu bahawa Katy Perry merancang untuk memilih nama mendiang nenek iaitu Ann Pearl Hudson. – Agensi

Katy Perry bakal menimang cahaya mata perempuan dalam masa terdekat. – Agensi