Oleh Leez
BUNYI kapal terbang mengejutkan aku dari lamunan, beberapa minit lagi kami akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah, Kuala Lumpur. Dari semalam lagi hatiku begitu resah tidak menentu, apabila mengingatkan tempat yang akan menjadi destinasiku hari ini. Flightku akan bertolak pada pukul 8.00 pagi.
Masa berlalu begitu cepat meninggalkan peristiwa yang menjadi kekesalan ku selama ini terus berkubur bersama cintaku yang telah pupus dan jiwaku terus hancur berkecai tak kesampaian ibarat kata pepatah “yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran,” minggu depan sudah genap empat tahun aku bertugas sebagai seorang pramugari kelas satu, selama itulah juga aku menderita jiwa dan raga mengenangkan peristiwa silamku bersama kekasihku yang amat ku cintai, sangat setia “Azrin”.
Satu nama yang indah tetapi malangnya aku menghancurkan semua harapannya kerana ingin mengejar cita-citaku menjadi seorang pramugari dan lemas dalam godaan insan yang bernama lelaki.
Tinggal setahun lagi kontrak ku habis dan aku ingin mencari pekerjaan lain saja demi untuk melupakan memori indah tetapi penuh dengan kelukaan. Tapi memang aku akui pekerjaanku ini bukanlah penyebab segalanya tetapi akulah yang bersalah menduakan cintamu yang begitu tulus dan suci.
Malam itu aku sungguh-sungguh tidak bermaya dan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk ke mana-mana. Walaupun Mimi dan Alin rakan sebilikku sering mengajakku untuk bersiar-siar menghirup udara segar tapi aku rasa tidak senang hati dan begitu berat untukku melangkahkan kakiku malam ini kerana aku mahu menenangkan jiwaku setenang air di sungai.
“Nana! Janganlah macam ni Na…! kau jaga sikit emosi kau tu… kan kita letih ni… usahlah diingat perkara yang sudah-sudah… marilah ikut kita pergi jalan-jalan aku dah dapatkan teksi tu Na hah… kalau kau asyik dengan kenangan silam kau tu bila kau nak tenang…?” kata Mimi. “Aaah….! Betul cakap Mimi tu Na. aku tak mahu ada di antara kita yang bad mood… tak syoklah… kann… Mimi…!” kata Alin. “Aaah…! Betul tu Alin… marilah Nana…!” kata Mimi. “Sorrylah! Mimi… Alin… aku tak senang… bukan apa… aku tak mahu terserempak dengan dia nanti… manalah tau kann… kamu tak ingatkah yang dia tinggal dekat-dekat sini tau… rasa malu aku dibuatnya nanti… apalagi kalau aku nampak dia berkepit dengan isterinya… itu yang tak sedap tuuu… kamu ajelah yang jalan hah…!” kataku.
“Okeylah… kalau kau tak mahu juga… apa nak buat… tapi ingat jangan dilayan sangat perasaan kau tu… nanti boleh bertambah kusut…” kata Mimi. “Aahh!..Aku nak tambah lagi… kau juga kena ingat kita kat sini pasal kerja oiii… bukannya nak ingatkan perkara-perkara yang remeh-temeh… okeyy… itu saja kami nak jalan dulu ya… jaga diri baik-baik!” kata Alin. “Oh ya…! Kau tak nak kirim apa-apa…?” kata Mimi. “Tak payahlah…! Terima kasih saja yaa… kau orang nasihatkan aku… aku tak apa-apa… kirim salam sajalah dengan benda-benda yang kat luar tu!…” kata ku.
Aku mula membelek-belek album kenanganku sewaktu aku bersama Azrin, sungguh seronok waktu itu aku duduk di pangkuannya ketika kami bersiar-siar di Anduki, Seria. Fikiranku melayang mengingatkan kenanganku bersama Azrin… waktu itu aku belum bekerja lagi sebab sedang menunggu keputusan ‘O’ Level yang telah ku hadapi dengan penuh keyakinan dan kesungguhan.
Azrin pernah bertanya padaku tentang cita-citaku setelah keluar keputusan peperiksaan nanti. “Nana… boleh abang tanya sikit tak… kalau tak keberatan menjawabnya…?” tanya Azrin lembut. “Eehhh!… Macam baru kenal pulak… dah hampir tiga thun perhubungan kita… masih hendak minta izin kalau nak bertanya!…” kataku.
“Tak de lah… abang cuba nak tahu cita-cita Nana… bila keluar result nanti… itu ajee..” kata Azrin selamba.
Sewaktu aku mula berpindah sekolah dahulu seingatku Tingkatan Dua, STPRI, semua orang sangka aku mat saleh, dan semua orang takut padaku kerana mereka fikir aku lebih pandai berbahasa orang putih daripada mereka, akhirnya apabila aku bertanya pada mereka dengan Bahasa Brunei dengan pelat yang sungguh fasih sekali, mereka tersenyum dan ketawa, di antara rakan-rakanku itu ialah Mimi dan Alin kerana kami dari sekolah yang sama.
Di Tingkatan Tiga aku mula berjinak-jinak dengan lelaki walaupun ianya adalah satu masa yang tidak sesuai tetapi pada waktu itulah juga aku bertemu dengan Azrin kerana dia menuntut di Tingkatan Lima di sebelah sekolah iaitu SOAS, sungguh indah kenangan itu tidak akan pernah ku lupa……..
Beberapa bulan setelah keluar keputusan aku rasa gembira kerana mendapat 6 ‘O’ Level, kemudian akupun segera melamar pekerjaan sebagai seorang pramugari dengan berbekal sijil, rupa dan ketinggian 5″4 inci, aku diterima dengan senangnya. Walaupun papaku membantah dan sanggup balik ke Brunei kerana dia mahu aku melanjutkan pelajaranku hingga ke universiti tapi akhirnya papa mengalah kerana aku mogok makan selama seminggu.
Selama aku bertugas sesungguhnya aku terasa aku sudah mengabaikan Azrin buah hatiku selama ini kerana di tempat aku bertugas aku mula membuat hubungan dengan seorang jejaka yang menjadi rebutan ramai “Rizal”, walaupun dia tahu aku mempunyai seorang kekasih tetapi dia sengaja tidak mahu faham dan pernah sekali aku bersuara kepada Azrin tentang hal itu, aku rasa Azrin merasa rendah diri dan rasa tersinggung tetapi aku berusaha meyakinkannya bahawa aku tetap menyintainya sepenuh hati.
Hari demi hari ku lalui bersama Azrin terasa semakin tawar kerana selalunya apabila aku berada di perantauan aku akan segera membuat Trunk Call walau berapa lama aku tidak peduli tetapi selama aku bersama Rizal selama itulah aku lupa daratan bahawa aku telah mempunyai kekasih hingga kadang-kadang aku lupa menelefonnya dan aku akui semakin Rizal menghampiriku semakin aku menyukainya tetapi aku kurang pasti adakah aku juga menyintainya….?
Aku rasa mungkin perkara itu timbul tanpa sengaja kerana Rizal sering di mataku tetapi Azrin… aku sering berjauhan dengannya dan ku lepaskan rinduku itu kepada insan yang rapat dengan ku… walaupun aku tahu aku salah tetapi kenapa aku meneruskan juga sehinggalah perhubunganku dengan Rizal semakin hangat dan ada desas-desus mengatakan Rizal adalah seorang playboy tetapi aku tidak mengendahkannya kerana aku menyangka semua itu hanya fitnah kerana Rizal boleh dianggap glamour guy pada waktu itu dan aku anggap fitnah itu sengaja ditabur untuk merampas Rizal daripada aku.
Azrin tetap ku layan seperti biasa tapi kadang-kadang kami sering bergaduh kerana apabila aku balik dari bertugas aku tiada masa untuknya dan sering membuat seribu alasan yang bermacam-macam, tetapi dia semakin hampir tahu apabila telefon rumah dan handphoneku sering sibuk dan aku terlalu sukar untuk dihubunginya hingga kadang-kadang sampai seminggu dan sehinggalah dia menemui Mimi dan Alin untuk bertanyakan apa yang telah berlaku.
Tetapi sebelum itu aku sudah memberi amaran kepada mereka supaya tutup mulut, akhirnya dia mengetahui juga melalui seorang temanku yang lain dan juga saudaranya sendiri secara sembunyi dia mengintip aku sewaktu shift aku bertugas ke Kuala Lumpur, apabila tanpa diduga sedang aku bermesraan dan berkepit dengan buah hati baruku, dia muncul tanpa ku duga, rupa-rupanya dia telah menghidu kelakuanku selama ini dan kami berdepan enam mata termasuk Rizal.
Dan secara jujur Azrin mahu aku berterus terang dan membuat pilihan antara dia dan Rizal, malahan aku terus lari dan menangis kerana takutkan perbuatan serongku dan tembelangku sudah pecah, walaupun begitu Azrin memang seorang lelaki baik di samping kacak dia seorang yang open minded, tetapi aku tetap berkeras tidak mahu menemuinya mahupun Rizal.
Azrin memberi aku masa selama seminggu untuk berfikir kerana dia akan balik ke Brunei selepas itu. seminggu sudah berlalu aku tetap berkeras dan akhirnya dia balik dengan kehampaan. Bertubi-tubi nasihat masuk ke telingaku sampaikan aku naik jemu dan jenuh mendengarnya dan mula merasa ego kerana jadi rebutan.
Beberapa hari selepas itu aku sangka Rizal akan menemui ku kerana aku fikir dia akan faham kenapa aku tidak mahu menemuinya, tetapi tekaan ku meleset baru seminggu lebih aku tidak menemuinya dia sudah memasang wanita lain dan tanpa segan-silu dia berkepit-kepit di depan mata ku sehinggakan aku terpaksa memerap di rumah menangis semahu-mahunya dan aku mula teringatkan Azrin, aku mula membuat Trunk Call tetapi dia sering saja tiada di rumah dan aku merasa susah hati, jadual hendak balik ke Brunei terlalu lama kerana selepas ini kami akan bertolak ke Singapura dan Manila.
Beberapa bulan akhirnya aku balik juga dan terus pergi ke rumah Azrin dan ku lihat di perkarangan rumahnya penuh dengan kem-kem yang masih belum dirobohkan, fikiran ku mula berserabut dan kacau bilau kerana aku tak pasti adakah Azrin yang kahwin ataupun adiknya Yati…? Setahu aku Yati masih sekolah, jadi satu-satunya jalan yang paling senang ialah dengan cara aku menemui saudaranya yang sama bertugas dengan aku.
Airmataku tidak dapat dibendung lagi kerana tekaan ku benar belaka, Azrin telah melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihan keluarganya, sebab itulah dia benar-benar meradang apabila aku menduakannya, tapi kenapa Azrin merahsiakannya dari aku….?
Hatiku lebur jadi debu dan debu itu bertaburan ditiup angin… aku menangis semahu-mahuku dan aku mahu berhenti saja waktu itu supaya aku dapat menghilangkan memori itu sedikit demi sedikit… tetapi apakan daya aku tidak dapat berhenti kerana kontrakku di dalam perjanjian selama lima tahun.
Walaupun aku tahu Azrin tidak bahagia bersama isterinya melalui infomasi yang ku dapat dari saudaranya, aku tidak percaya dan aku anggap itu hanya satu alasan supaya hatiku tenang dan kini Azrin dikurniakan tiga orang anak dan dihantar berkursus ke Malaysia dan selepas itu aku tidak mahu tahu lagi dengan perkembangannya.
Walaupun banyak sekali jejaka yang mahu mengisi ruang hati ini namun aku tak mampu mengikis kenangan silam, dia Azrin akan tetap di hatiku walaupun dia sudah menjadi suami orang, sekurang-kurangnya aku menganggap dia sebagai insan pertama yang pernah mengajar erti rindu, kasih dan cinta dan yang penting sekali dia pernah bertakhta di hatiku, dan akan ku kenang masa laluku bersama dia…….
Ding Dong Ding Dong… aku terkejut terasa airmataku mengalir membasahi pipiku dan cepat-cepat ku sapu agar tidak diketahui oleh Mimi dan Alin. Cepat-cepat aku meluru ke pintu, mereka dapat meneka apa yang ku alami ketika itu dan membawakan makanan kesukaanku Fish Fillet, ku lihat jam menunjukkan pukul dua pagi rupa-rupanya mereka pergi ke pub untuk melegakan fikiran.
Aku berusaha untuk melelapkan mata masa demi masa dan akhirnya aku dapat menenangkan hatiku hanyut bersama mimpi yang indah dan aku yakin pasti cerah.