Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Kaum wanita digesa lapor perubahan kitaran haid

    PARIS, 20 JULAI – Pihak berkuasa kesihatan Perancis meminta wanita yang mengesyaki kitaran haid mereka terjejas disebabkan vaksin COVID supaya melaporkan sebarang perubahan menerusi laman sesawang kerajaan.

    Cadangan daripada Agensi Keselamatan Perubatan Kebangsaan (ANSM) adalah sebahagian daripada usaha untuk menyiasat kemungkinan kesan sampingan vaksin Pfizer dan Moderna, yang telah diberikan kepada 70 juta wanita di Perancis.

    Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin, ANSM menggesa wanita untuk memberikan maklumat yang terperinci sebanyak mungkin dalam borang pengisytiharan yang telah disediakan dalam laman sesawang kementerian kesihatan.

    Menurut kenyataan itu lagi, perubahan kitaran haid telah dilaporkan oleh kira-kira 11,000 wanita kepada doktor, kebanyakannya mempunyai gejala yang tidak serius termasuk kitaran haid tidak menentu, pendarahan yang lebat atau tidak berbanding kebiasaannya.

    Gejala tersebut kebanyakannya adalah kesan jangka pendek yang timbul selepas menerima suntikan tetapi tiada kaitan yang kukuh telah disahkan.

    Penyelidikan yang dikeluarkan pada minggu lalu dalam jurnal Kemajuan Sains mendapati sebanyak 42 peratus responden dalam tinjauan itu yang mana dilaporkan mengalami kitaran haid yang teruk selepas menerima vaksinasi.

    Selain itu juga, didapati sesetengah wanita selepas menopaus dan lelaki transgender dalam pengesahan hormon jantina melaporkan pendarahan yang tidak dijangka.

    Tinjauan terhadap 39,000 orang telah dijalankan oleh para penyelidik di Universiti Illinois yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) dan Universiti Pendidikan Perubatan Washington pada April tahun lalu.

    Dalam kajian berasingan menggunakan data dari 4,000 individu oleh Universiti Sains dan Kesihatan Oregon menunjukkan pada Januari lalu bahawa kadar purata wanita yang menerima suntikan vaksin mengalami sedikit kelambatan hampir sehari dalam permulaan kitaran haid mereka berbanding dengan yang tidak divaksinasi. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...