Kaunselor Austria, Sebastian Kurz letak jawatan

VIENNA, 10 OKT – Kaunselor Austria, Sebastian Kurz mengumumkan peletakan jawatannya kelmarin dan mencadangkan Menteri Luar, Alexander Schallenberg sebagai penggantinya.

“Saya ingin mengelakkan kekacauan. Bagi saya negara adalah lebih penting,” katanya dalam satu kenyataan lapor agensi berita Xinhua. 

Beliau berkata akan kembali ke parlimen dan menumpukan tugasnya sebagai ketua parti rakyat dan menggunakan kesempatan ini untuk membersihkan namanya atas tuduhan “palsu” yang dikenakan ke atasnya.

Sementara itu, Kurz mencadangkan Menteri Luar, Alexander Schallenberg sebagai penggantinya memandangkan Schallenberg mempunyai kemahiran diplomatik yang diperlukan untuk membina kembali kepercayaan kedua-dua pihak. – Bernama