Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 FEB – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan bahawa Kaunter Pembayaran Bil Air dan Gas di Kuala Belait dan Seria ditutup sementara mulai hari Sabtu, 26 Februari sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.
Ini disebabkan terdapat kakitangan di kaunter berkenaan yang telah disahkan positif COVID-19 melalui ujian ART pada 25 Februari 2022.
Orang ramai dengan itu digalakkan untuk membuat pembayaran bil air dan gas secara dalam talian melalui aplikasi bimbit atau mesin CDM bagi pengguna bank BIBD, Baiduri dan Bank Standard Chartered.
Untuk sebarang aduan atau pertanyaan mengenai bil air dan gas, boleh hantarkan terus melalui emel ke watergasbelait@pwd.gov.bn.
Pihak jabatan ingin memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.