Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Kaunter bergerak bantu pekebun kecil perbaharui lesen

    SANDAKAN, 21 JUN – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan mewujudkan kaunter bergerak di Sabah dalam masa terdekat bagi membantu pekebun kecil yang berhadapan masalah memperbaharui lesen MPOB.

    Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng berkata masalah itu antara yang menjadi rintihan kebanyakan pekebun kecil di Sabah.

    “Selain itu, MPOB akan membantu kalau ada isu lain kerana di peringkat negeri juga boleh menyelesaikan untuk kemudahan pekebun kecil.

    “Sebab itulah kami turun padang, bukan sahaja untuk mengumpulkan maklumat, tetapi kalau ada isu yang boleh diatasi serta-merta, kami akan selesai serta-merta. Kalau tidak, akan dibawa ke peringkat kementerian,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Timbang Koperasi Penanam Sawit Mampan Sungai Sibuga Sandakan Bhd dekat sini hari ini.

    Sementara itu, Wee berkata Sistem Elektronik Buah Tandan Segar (e-FFB) dijangka dilaksanakan seluruh negara tahun ini, setelah projek rintis sistem itu dilaksanakan di Tanjung Piai, Johor sejak April tahun lepas.

    “Sistem ini pasti sebagai pemantauan. Ia mencantikkan urus niaga agar lebih telus, satu sistem yang boleh menyelesaikan isu, terutama isu kecurian buah tandan segar, supaya pekebun kecil menerima pendapatan yang sepatutnya,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...