Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Kaunter JAPEM ditutup selama dua minggu

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 FEB – Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dalam kenyataannya hari ini memaklumkan kepada orang ramai mengenai penutupan sementara kaunter-kaunter di semua cawangan JAPEM selama dua minggu, mulai 12 hingga 26 Februari ini.

    Penutupan kaunter itu adalah sebagai langkah berjaga-jaga untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi COVID-19 serta kakitangan yang menjalani perintah kuarantin.

    Orang ramai yang berhasrat untuk membuat sebarang pertanyaan, permohonan atau aduan mengenai perkhidmatan-perkhidmatan JAPEM bolehlah menghubungi talian kebajikan 141 untuk Kaunter Permohonan Bantuan Kebajikan Bulanan atau e-mel ke info@japem.gov.bn dan Kaunter Permohonan Pencen Umur Tua, Elaun Orang Buta, Elaun Bercelaru Mental, Elaun Kusta dan Elaun Kurang Upaya atau e-mel ke bahagian.pencen@japem.gov.bn.

    Untuk Kaunter Pendaftaran Pusat Penjagaan Kanak-kanak bolehlah hubungi talian 2382911 sambungan ke 1336 atau e-mel ke childrencarecentre@ja-pem.gov.bn.

    Sementara untuk Kaunter Perkhidmatan Pentadbiran dan Kewangan bolehlah hubungi ke talian 2331874 atau e-mel ke info@japem.gov.bn. Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang www.japem.gov.bn. Dalam pada itu, pihak jabatan memohon maaf di atas sebarang kesulitan dan kerjasama semua pihak dalam masa mencabar ini amatlah dihargai.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...