BANDAR SERI BEGAWAN, 1 April – Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE) memaklumkan bahawa kaunter pembayaran dan kaunter pembelian token meter prabayar akan ditutup pada 3 April ini sempena Sambutan Israk dan Mikraj.
Para pelanggan yang ingin membeli token meter prabayar boleh dibuat melalui Cash Deposit Machine (CDM) di Ibu Pejabat JPE, Lapangan Terbang Lama Berakas dan cawangan Elektrik Seria atau melalui PowerKad serta online banking.
JPE dalam kenyataannya di sini hari ini, memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul.





























