Kaunter, kafe dibuka bagi kemudahan orang ramai

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OKT – Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan serta memberikan keselesaan selain untuk menyediakan bilik-bilik perjumpaan bagi memudahkan pelanggan membuat perjumpaan secara tertutup, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah merasmikan kaunter dan kafe di lobi jabatan berkenaan di Jalan Kumbang Pasang.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Pegawai Kaunselor, Haji Mohammad Adi Zaky bin Haji Matasim.

Hadir bagi merasmikan kaunter dan kafe berkenaan ialah Pemangku Ketua JPA, Dr Norfarizal bin Othman. Tujuan kafe JPA dibuka adalah untuk kemudahan warga jabatan tersebut serta pelanggan yang berurusan.

Kafe akan mula beroperasi hari ini dan diusahakan oleh Restoran Chill-V Kopitiam.

Dr Norfarizal merasmikan kaunter dan kafe untuk pelanggan di JPA.