Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Kaunter pembayaran bil air dibuka semula hari ini

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MAC – Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, memaklumkan orang ramai bahawa Kaunter Perkhidmatan Pembayaran Bil Air (dan Gas) di Jabatan Perkhidmatan Air, Jalan Tasek Lama, Jabatan Kerja Raya cawangan Tutong serta Jabatan Kerja Raya cawangan Kuala Belait dan Seria akan dibukakan semula esok.

    Bagaimanapun, orang ramai yang ingin membuat pembayaran digalakkan untuk membuat pembayaran bil air (dan gas) secara dalam talian melalui aplikasi mudah alih atau mesin CDM bagi pengguna Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Bank Baiduri dan Bank Standard Chartered.

    Untuk sebarang aduan atau pertanyaan, orang ramai disarankan untuk menghubungi pro@pwd.gov.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...