Thursday, March 23, 2023
22.4 C
Brunei

-

Kaunter pendaftaran dokumen perjalanan dibuka setiap Jumaat

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) memaklumkan bahawa kaunter-kaunter pendaftaran Bahagian Dokumen Perjalanan di ibu pejabat dan cawangan-cawangan akan dibuka pada setiap Jumaat mulai 1 Julai ini dari 8 pagi hingga 11 pagi.

Oleh yang demikian, menurut kenyataan yang dikeluarkan JIPK, orang ramai yang berhasrat untuk membuat permohonan baharu atau membaharui dokumen perjalanan, hendaklah menghadapkan borang permohonan berserta dokumen-dokumen yang lengkap. 
Borang permohonan bolehlah dimuat turun menerusi laman sesawang www.immigration.gov.bn.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi melalui e-mel info@immigration.gov.bn atau hotline whatsApp 7299550.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -