Kaunter perkhidmatan dibuka mulai 20 November

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 NOV – Bermula 20 November ini, waktu beroperasi bagi kaunter-kaunter perkhidmatan di Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di dalamnya adalah Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari pukul 8:30 pagi hingga 12 tengah hari.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, kementerian berkenaan menyatakan bahawa orang ramai hendaklah membuat tempahan awal dengan menghubungi talian-talian atau alamat e-mel bagi jabatan dan bahagian-bahagian yang berkenaan.

Talian perhubungan bagi Jabatan Perbendaharaan iaitu Pusat Perkhidmatan Pelanggan ialah 2383444, Unit Potongan Pinjaman Kenderaan di talian 2383445, Unit Sewa Rumah dan Wang Pendahuluan di talian 2383931 atau 8398228, Unit Potongan Pinjaman Rumah di talian 2838931, Unit Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan di talian 2383445 atau 7373222, Unit Elaun Pelajaran di talian 2383461, Unit Elaun Cuti Tambang di talian 2383461, Unit Pinjaman Rumah di talian 2383483 atau 8398338, Unit Pinjaman Kenderaan di talian 2383476, Unit Pencen dan Baksis di talian 2383478, Unit Hasil di talian 8398000, Bahagian Pembayaran dan Kutipan Hasil di talian 2380822 atau 2383469 dan Unit Gaji di talian 8397000.

Bagi Jabatan Kastam dan Eksais Diraja iaitu Unit Perkhidmatan Pelanggan di talian 8323741 dan Unit Penilaian, Klasifikasi dan Tarif di talian 8323841.

Bagi Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik iaitu Jabatan Persaingan dan Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Perangkaan dan Seksyen Kewangan, Bahagian Hal Ehwal Korporat ialah 2233344, Bahagian Hasil di talian 2383933 atau 2380651, Bahagian Pendaftaran Syarikat-syarikat dan Nama-nama Perniagaan ialah 2380505 dan Bahagian Perdagangan di talian 8868917 atau 7106079.

Bagi Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan iaitu Industri dan Ekosistem Perniagaan ialah 2384506, Unit Pembangunan Koperasi ialah 2383224 atau 2383225, Unit Sukatan dan Timbangan ialah 2334092 dan Pusat Standard Kebangsaan ialah 2333964.

Kenyataan menekankan bahawa orang ramai harus mematuhi garis panduan yang ditetapkan sebelum membuat tempahan dan masuk ke jabatan-jabatan dan bahagian-bahagian iaitu hendaklah lengkap dua dos vaksin, mempunyai kod BruHealth berwarna hijau dan kuning, membawa kad pengenalan pintar yang asal, memeriksa suhu badan dan mengimbas kod QR sebelum masuk ke bangunan, memakai pelitup muka serta sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal.