Kaunter perkhidmatan Jabatan Tanah masih tutup

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 APRIL – Jabatan Tanah, Kementerian Pembangunan mengumumkan kepada orang ramai bahawa kaunter-kaunter perkhidmatan di semua bahagian dan cawangan Pejabat Tanah Daerah masih belum beroperasi pada masa ini.

Orang ramai boleh berurusan secara perjanjian dengan menghubungi talian 2381181 atau 2383182/3/4/5/6/7, manakala bagi Daerah Tutong di talian 4221372, Kuala Belait di talian 3331542 dan Temburong di talian 5221248.

Jabatan Tanah memohon kerjasama orang ramai untuk memberikan maklumat-maklumat yang lengkap ketika membuat perjanjian dengan pihak jabatan berkenaan.