Tuesday, March 21, 2023
21.2 C
Brunei

-

Kaunter perkhidmatan pas kerja dipindahkan

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 NOV – Beberapa kaunter perkhidmatan Bahagian Pas Kerja di Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) akan dipindahkan ke bangunan Ibu Pejabat Jabatan Buruh bermula 26 November ini.

Menurut kenyataan dikeluarkan JIPK di sini hari ini, Kaunter Perkhidmatan Permohonan Penyambungan Pas Kerja; Pembatalan Pas Kerja dan Penyerahan Pasport (Pengambilan) bagi Kategori Syarikat yang diuruskan oleh agensi-agensi pekerjaan berdaftar di Jabatan Buruh yang pada masa ditempatkan di Tingkat 2, Ibu Pejabat JIPK akan berpindah ke Kaunter 1 sehingga Kaunter 7 di Aras Bawah, Bangunan Ibu Pejabat Jabatan Buruh.

Waktu operasi bagi kaunter-kaunter tersebut akan bermula pada pukul 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:45 petang hingga 3:45 petang pada hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu.

Manakala kaunter perkhidmatan bagi permohonan penyambungan dan pembatalan pas kerja bagi kategori syarikat yang diuruskan oleh majikan atau wakil majikan atau pemegang kad urusan yang berdaftar di Jabatan Buruh adalah masih lagi dikekalkan di Bahagian Pas Kerja, Tingkat 2, Bangunan Ibu Pejabat, JIPK.

Sehubungan itu, agensi-agensi pekerjaan yang berdaftar bolehlah datang secara terus ke Aras Bawah, Bangunan Ibu Pejabat Jabatan Buruh bagi urusan-urusan tersebut.

JIPK turut mengingatkan orang ramai yang berurusan di jabatan tersebut untuk memastikan semua dokumen diperlukan disertakan bersama permohonan yang lengkap diisi dan teratur sebelum menghadapkannya ke JIPK.

Borang Permohonan boleh dimuat turun dari laman sesawang www.immigration.gov.bn dan untuk pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi melalui e-mel info@immigration.gov.bn atau hotline whatsApp +6737299551.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Kishida umum rancangan Indo-Pasifik baharu di India

NEW DELHI, 20 MAC - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida hari ini menjemput rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi untuk menghadiri sidang kemuncak negara-negara...
- Advertisment -