Kawal nafsu sepanjang bulan Ramadan

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MEI – Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), hari ini, meneruskan lagi tazkirah dalam talian sempena bulan Ramadan Al-Mubarak dengan membincangkan tajuk The Sunnah of Eating.

Tazkirah kali ini telah disampaikan oleh Penolong Pensyarah, Pusat Bahasa KUPU SB, Dayang Nurul Attieya Batriyah binti Mohd Sallah Dalam tazkirah tersebut, beliau sedikit sebanyak menyentuh mengenai bagaimana untuk mengawal nafsu di sepanjang bulan Ramadan terutama dalam pemakanan semasa berbuka puasa dan juga bersahur.

“Kita dinasihatkan untuk mengurangkan jumlah pengambilan makanan yang seimbang terutama pada bulan Ramadan, dan kita juga digalakkan untuk memakan makanan ringan semasa berbuka dan bersahur,” ujarnya.

Beliau menambah, “Nabi Muhammad SAW telah menasihatkan kita untuk mengelakkan untuk makan berlebihan semasa berbuka dan bersahur kerana jika memakan makanan yang berlebihan ia boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan kita.

“Dengan itu marilah kita mengamalkan tatacara pemakanan mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW dan menjaga kesihatan tubuh badan di bulan Ramadan,” seru beliau.

Tazkirah yang disampaikan Dayang Nurul Attieya Batriyah sempena bulan Ramadan Al-Mubarak dengan tajuk ‘The Sunnah of Eating’.