Tuesday, October 15, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kawal penggunaan gajet anak anda

    KINI, gajet seperti sudah menjadi satu benda wajib yang mesti ada untuk anak-anak. Berbicara mengenai gajet ini ramai yang sedia tahu akan keburukannya untuk anak-anak kalau ia tidak dipantau.

    Namun jika diambil dari sudut positif, tidak ada bahayanya gajet ini kepada si manja. Pun begitu, ibu dan bapa perlu mengambil langkah untuk memantau dan mengehadkan penggunaannya supaya perkembangan anak tidak terganggu.

    Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil kira untuk menjadikan gajet ke arah yang lebih positif dan selamat terutama dari untuk menggilap perkembangan daya intelek anak.

    Sekiranya si manja suka menggunakan komputer tablet, pastikan anda menyediakan video-video pendidikan di dalam galeri supaya dia boleh menonton dan ikut sama membaca atau mengira berpandukan video tersebut.

    Hadkan masa sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit untuk setiap sesi dan hanya dua atau tiga sesi sehari.

    Ibu bapa perlu mengambil langkah untuk memantau dan mengehadkan penggunaan gajet supaya perkembangan anak tidak terganggu.
    Ibu bapa perlu mengambil langkah untuk memantau dan mengehadkan penggunaan gajet supaya perkembangan anak tidak terganggu.

    Komputer tablet bermanfaat untuk menajamkan koordinasi mata dan tangan. Skrin sesentuh menggalakkan seseorang anak untuk menggunakan tangan dan mata bagi membuat pilihan.

    Wujudkan peraturan untuk mengehadkan penggunaan gajet supaya tidak mengganggu waktu tidur iaitu dengan melarangnya daripada menggunakan gajet selepas jam 9.00 malam supaya dia perlu bersedia untuk tidur.

    Elakkan menggunakan gajet di dalam suasana gelap.  Sinaran blue ray dari gajet boleh merosakkan mata si manja. Sebaiknya juga set kan pencahayaan minimum pada skrin untuk mengelakkan terlalu terang dan menyebabkan mata anak anda mengalami masalah silau.

    Amalkan penggunaan gajet mengikut konsep 20:20:20. Setiap 20 minit menghadap skrin, ambil masa 20 saat untuk memandang jarak 20 kaki.

    Buat peraturan “tidak boleh bawa gajet” ke meja makan atau semasa bersama dengan keluarga. Tiada siaran televisyen atau radio ketika makan. Peraturan ini perlu dipatuhi oleh semua orang termasuk ibu dan bapa sendiri supaya masa berkualiti boleh dinikmati.

    Rancang aktiviti untuk dilakukan oleh si manja seperti aktiviti home school atau kraf, berbasikal atau berkelah supaya perhatian dan keseronokannya tidak hanya tertumpu pada gajet sahaja.

     Simpan gajet di tempat yang tidak boleh dicapai oleh si manja terutama sekali ketika mengecas untuk mengelakkan kejadian renjatan elektrik dan sebagainya.

    Duduk bersama dengan si manja ketika dia menggunakan gajet. Bantu dan berikan pendapat anda untuk setiap perkara yang dilakukannya.

    Si manja boleh menggunakan kamera pada telefon atau komputer tablet untuk mengambil gambar apa sahaja yang ada di taman. Kemudian sama-sama mencari maklumat mengenai objek tersebut di Google. Hal ini akan menambah pengetahuan dan kemahiran kognitif anak anda.

    Gajet berupa buku yang dilengkapi pen sesentuh yang digunakan untuk membacakan ayat-ayat banyak di pasaran. Selain anak anda boleh menambah ilmu pengetahuan, ia juga boleh memperkaya tatabahasa dan menajamkan koordinasi motor kasar.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda