Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kawalan paten AS jejas teknologi global

    SHENZHEN, CHINA, 27 JUN – Syarikat gergasi teknologi China Huawei hari ini mengingatkan bahawa cadangan senator AS untuk menyekat syarikat daripada mendapatkan pampasan di mahkamah paten akan ‘menimbulkan kesan teruk kepada inovasi global.’

    Cadangan itu keluar di tengah tindakan AS ke atas Huawei, pengeluar terbesar peralatan untuk pembawa telefon. Syarikat telah terjejas oleh keputusan pentadbiran Trump untuk mengenakan sekatan ke atas akses kepada cip Amerika untuk telefon pintar dan komponen dan teknologi lain.

    Tanpa akses Huawei kepada mahkamah paten AS akan mengugat sistem harta intelektual yang menyokong pembangunan teknologi, kata Song Liuping, ketua pegawai perundangan syarikat.

    Cadangan oleh Senator Marco Rubio, Republikan dari Florida, menyusuli laporan mengatakan Huawei Technologies Ltd sedang meminta AS$1 bilion daripada syarikat telefon Amerika Verizon untuk kegunaan paten syarikat China.

    “Jika undang-undang sedemikian diluluskan, ia akan membawa kesan teruk kepada inovasi global. Ia akan memberi impak teruk,” kata Song pada satu persidangan akhbar. Beliau berkata ia akan ‘memecah asas perlindungan IP.’ – AFP

    Ketua Pegawai Perundangan Huawei Song Liuping bercakap pada persidangan akhbar di ibu pejabat syarikat di Shenzhen di selatan wilayah Guangdong China, kelmarin. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda