Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Kawasan banjir Korea Selatan jalani pembersihan

    SEOUL, KOREA SELATAN, 10 OGOS – Usaha pembersihan dan pemulihan dipercepatkan di rantau bandar Korea Selatan hari ini ketika langit cerah selepas dua hari hujan cecah rekod yang mengakibatkan banjir kilat, memusnahkan ribuan bangunan dan jalan raya serta meragut jiwa 10 orang.

    Agensi kaji cuaca Korea Selatan membatalkan amaran hujan lebat untuk Seoul dan kawasan metropolitan yang berdekatan, tetapi meramalkan 10 hingga 30 sentimeter turunan hujan di wilayah selatan negara itu hingga esok.

    Tujuh lagi masih hilang di Seoul dan sekitar wilayah Gyeonggi susulan hujan lebat yang membanjiri wilayah itu dua hari lalu, menenggelamkan jalanan, stesen kereta api bawah tanah dibanjiri dan mencetuskan tanah runtuh yang menimbus jalan dan bangunan.

    Lebih 4,000 orang kehilangan tempat tinggal, termasuk kira-kira 2,000 penduduk sebuah kompleks pangsapuri di Seoul yang berpindah hari ini berikutan bekalan elektrik terputus akibat banjir.

    Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol memohon maaf pada mesyuarat tindak balas bencana bagi pihak kerajaan atas kematian dan gangguan yang disebabkan oleh hujan lebat.

    Beliau menggesa kerajaan pusat memberikan lebih banyak bantuan kewangan dan bantuan kakitangan kepada bandar dan kerajaan wilayah bagi mempercepatkan usaha pemulihan.

    Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan berkata pekerja-pekerja menjelang petang ini sudah pun selesai memulihkan lebih 90 peratus daripada kira-kira 2,800 bangunan, rumah, jalan dan kemudahan lain di kawasan ibu kota yang telah diberi keutamaan dalam pelan pemulihan kecemasan. – AP

    Askar Korea Selatan membersihkan barangan rosak akibat banjir di kawasan kediaman di Seoul pada 10 Ogos. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...