Kawasan perkampungan menakutkan
Keadaan kawasan-kawasan kampung di negara ini semakin menakutkan dan tidak aman. Ini kerana semakin banyak kes-kes kecurian dan pecah rumah yang berlaku. Sebagaimana yang dialami oleh saya sendiri baru-baru ini, di mana tiga hari secara berturut-turut ada kereta yang dicurigai lalu lalang di hadapan kawasan kejiranan rumah saya yang terletak di Ban 2A, Kampung Mulaut.






























