Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Kawasan rumput laut terbesar dunia dijumpai di pantai Australia

    CANBERRA, 1 JUN – Penyelidik Australia telah menemukan kawasan tumbuhan rumput laut terbesar di dunia, lapor Xinhua.

    Kajian penyelidik dari Universiti Flinders di Australia Selatan (SA) dan Universiti Australia Barat (UWA) yang dikeluarkan hari ini mendedahkan kawasan yang dipenuhi rumput laut sepanjang 180 kilometer itu dijumpai di Teluk Shark di barat Australia.

    Penyelidik menganggarkan ia berusia sekurang-kurangnya 4,500 tahun.

    Ahli ekologi Universiti Flinders, Martin Breed, berkata penyelidik musykil bagaimana rumput laut itu boleh terus hidup dengan subur.

    “Tumbuhan tunggal ini sepatutnya tidak boleh membiak,” katanya dalam satu kenyataan media.

    Beliau berkata selepas menjalankan kajian lanjut, penyelidik mendapati tumbuhan itu adalah daripada jenis poliploid (jenis organisma yang mempunyai bilangan kromosom berbilang seperti triploid dan tetraploid).

    “Ia akan terus membiak jika dibiarkan tanpa gangguan,” katanya.

    Pasukan penyelidik akan mengkaji dengan terperinci untuk lebih memahami bagaimana tumbuhan purba itu dapat bertahan dalam keadaan berubah-ubah. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...