Kawasan tanah lapangan terbang lama akan dimajukan

TAWAU, 19 JUN – Kerajaan Negeri Sabah komited memajukan sebidang tanah di lapangan terbang lama sini, sebagai kawasan pembangunan bercampur.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kawasan itu akan meliputi pembinaan hotel yang ada nilai komersial termasuk mendirikan lot rumah serta kedai.

“Semua ini membolehkan agar putaran kewangan ekonomi penduduk dapat dirancakkan,” katanya. – Bernama