Kaya dengan alkali

Pada zaman yang moden ini, kita telah melihat pelbagai jenis makanan dan minuman telah dijual di setiap tempat.

Walaupun rasanya lazat tetapi kebanyakan makanan dan minuman yang dihidangkan pada masa ini boleh menjejaskan kesihatan kita jika kita selalu menjadikannya sebagai makanan harian.

Tubuh badan kita memerlukan makanan, buah atau minuman yang beralkali untuk mengimbangi kadar pH badan kita ke tahap yang lebih baik. Alkali mempunyai banyak manfaat untuk tubuh kita seperti melancarkan aliran darah di dalam badan, mengurangkan rasa pedih dalam perut akibat proses asid dan sebagainya. Dengan ini dikongsikan makanan dan buah-buahan yang mempunyai alkali tinggi.

1. Lemon

Mengandungi kadar pH 9.0, lemon dikategorikan sebagai makanan yang memiliki kandungan alkali paling tinggi. Ia sangat bagus dan sangat cepat dalam meredakan demam, batuk, flu, hyperacidity (asam berlebih) dan berbagai penyakit yang diakibatkan oleh virus. ia juga merupakan tonik terkuat bagi hati yang dapat mendetoksifikasi dan memberikan tenaga pada hati.

2. Tembikai

Dengan tahap kadar pH 9, ia memiliki kandungan serat serta kadar air sebesar 92 peratus daripada berat keseluruhannya. Tembikai bersifat diuretik dan merupakan sumber beta karoten, lycopene dan vitamin C.

Buah penghilang dahaga ini merupakan makanan yang memberikan tenaga yang luar biasa jika dimakan ketika anda berbuka berpuasa, atau ketika terapi pembersihan usus.

3. Agar-agar (gelatin organik)

Masih dengan kadar pH 8.5, agar-agar merupakan pengganti gelatin yang dibuat dari rumput laut yang kaya akan zat besi dan kalsium. Ia sangat mudah dicerna dan memiliki kandungan serta paling tinggi di antara semua makanan.

4. Labu dan lada benggala merah (Capsicum)

Memiliki kandungan alkali yang paling aktif di antara semua makanan dengan kadar pH 8.5. Ianya memiliki kandungan enzim yang tinggi yang diperlukan dalam sistem kelenjar endokrin. Kaya dengan vitamin A, yang sangat penting dalam melawan radikal bebas penyebab tekanan dan berbagai penyakit. Labu, memiliki kandungan gula yang rendah namun kaya akan serat.

5. Jeruk nipis, mangga, melon, betik dan daun pasli

Memiliki kadar pH 8.5 dan bagus untuk proses membersihkan ginjal. Betik pula merupakan laksatif (pencuci perut) sihat yang membantu proses buang air besar dan pembersihan usus. Daun pasli, merupakan daun-daunan paling terkenal, kerana membersihkan kotoran usus jika dimakan dalam keadaan mentah.

Ia juga memiliki efek diuretik (membuang air kecil), yang diperlukan dalam membersihkan ginjal. Jeruk nipis, mangga dan melon merupakan buahan yang kaya dengan vitamin dan membentuk formula yang bersifat alkali ketika pencernaan.

6. Selada air, rumpai laut (seaweed) dan asparagus

Dengan kadar pH 8.5, ia merupakan pengurang kadar masam yang sangat kuat. Ia juga mengandungi banyak zat besi dan kalsium yang juga dimiliki oleh rumput laut. Asparagus mengandungi alkali yang tinggi.

7. Kiwi dan jus buah

Masih dengan kadar pH 8.5. Buah kiwi memiliki kandungan vitamin C yang lebih tinggi dibandingkan jeruk.

8. Anggur, pear, nenas, kismis, plum umeboshi dan jus sayuran

Dengan kandungan pH 8.5, ia memiliki kandungan antioksidan yang tinggi dan juga khasiat seperti vitamin A, B dan C.

Sesuai untuk peredaran darah yang dapat menurunkan tekanan darah serta risiko penyakit jantung.

Selanjutnya nenas, memberikan sumber tenaga dan sangat baik dalam mengecilkan lingkaran perut anda.

9. Epal, aprikot dan taugeh

Senarai di atas merupakan makanan yang sangat mudah dicerna, memiliki kandungan serat yang tinggi dan mempunyai nilai pH 8.0. Buah-buahan ini juga kaya akan enzim yang berguna untuk mempertahankan keseimbangan hormon tubuh.

10. Avokado, pisang, buah beri, lobak merah, daun saderi, beri hitam, kurma dan bawang putih

Buahan dan sayuran di atas memiliki kandungan antioksidan yang sangat tinggi. Mereka memiliki pH 8.0. Buah beri, kurma dan terutama bawang putih memiliki kandungan istimewa.