Wednesday, March 19, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Kaya tapi tidak tenang’

    Pelakon Indonesia Shireen Sungkar berkata meskipun dia sudah berhijrah, namun dia masih merasakan dirinya belum cukup sempurna dan tetap seperti insan biasa.

    Memetik laporan mStar, memandangkan dirinya masih dalam proses perubahan menjadi individu lebih baik, Shireen, 33, mengakui dia perlu berdepan dugaan dan cabaran.

    “Kalau bertanya tentang perjalanan hijrah saya, hingga hari ini saya tidak mengaku sudah berubah. Masih dalam proses kerana sukar.

    “Iman saya naik turun. Jadi, tidak bermakna saya adalah lebih baik daripada orang lain. Saya masih manusia biasa dan bukan orang alim,” katanya.

    Dalam pada itu, Shireen berkata kesibukannya dalam industri seni menyukarkan dia menunaikan kewajipan sebagai Muslim.

    Gara-gara itu jiwanya berasa tidak tenang meskipun dikurniakan rezeki yang banyak.

    Disebabkan itulah dia terbuka hati untuk berhijrah dan mendekatkan diri dengan agama.

    “Saya terlibat dalam dunia hiburan sejak berumur 14 tahun. Hidup saya cuma mengejar wang sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai Muslim.

    “Sampai satu tahap, saya berasa tidak tenang walaupun mudah mencari wang pada masa itu,” ujarnya. – Agensi

    Shireen dedah kesibukan dalam industri mempengaruhi proses hijrahnya. – celebrity.okezone.com
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda