Kayu balak lebih RM1 juta dirampas

SIPITANG, 7 FEB – Jabatan Perhutanan Sabah merampas kira-kira 1,700 batang kayu balak  dianggarkan bernilai lebih RM1 juta yang disyaki ditebang di kawasan diceroboh di Long Mio, di sini.

Ketua Konservator Hutan Datuk Mashor Mohd Jaini berkata rampasan itu berjaya dibuat selepas tinjauan udara dilakukan menggunakan helikopter, baru-baru ini.

“Rampasan dilakukan bagi membantu siasatan selepas aduan diterima berkenaan pencerobohan kawasan konsesi Sabah Forest Industries Sdn Bhd (SFI) di Hutan Simpan Ulu Sungai Padas,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. – Bernama