Kayu hanyut jejas operasi bot laju

TEMBURONG, AHAD – Perkhidmatan bot laju di antara Bangar dan Bandar Seri Begawan terpaksa dihentikan sementara ekoran kayu-kayu hanyut menghalang laluan.

Halangan tersebut disebabkan turunan hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di daerah ini dan menyebabkan air sungai menjadi agak deras yang menghanyutkan kayu-kayu.

Menurut salah seorang pemandu bot laju, keadaan kali ini adalah lebih teruk dibandingkan dengan kejadian-kejadian sebelumnya.

Pihak kerajaan, swasta dan orang ramai kini sedang bekerjasama bagi menangani masalah itu secepat mungkin.