Kayuhan santai semara Hari Keputeraan

Oleh Ak Zaki Kasharan

TEMBURONG, 15 JULAI – Bersempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-74 Tahun, ahli kumpulan Santai-Santai Riders (SSR) dari Daerah Tutong telah berpeluang berkunjung ke Daerah Temburong bagi mengadakan aktiviti berbasikal Kayuhan Santai Jelajah Daerah Temburong sejauh 36 Kilometer.

Aktiviti berbasikal pagi tadi itu bermula di perkarangan Pekan Bangar menuju ke Taman Batang Duri dan seterusnya kembali semula ke Pekan Bangar dengan dikepalai oleh Awang Idris bin Haji Ali Bahar selaku ahli SSR.

Awang idris mengulas bahawa semasa menjalani aktiviti sihat berbasikal santai tersebut mereka juga sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan seperti tidak membuat perkumpulan dan sentiasa memastikan penjarakan fizikal diamalkan sama ada semasa dan setelah selesai melakukan aktiviti tersebut.

Antara objektif aktiviti tersebut diadakan adalah bagi mengamalkan gaya hidup sihat terutamanya selepas wabak COVID-19 melanda negara ini.

Gambar ramai ahli-ahli SSR yang menyertai kayuhan santai di Daerah Temburong, kelmarin.