Kayuhan Syawal dapat sambutan

Oleh Nurdiyanah R.

TUTONG, 25 JUN – Bagi memupuk budaya bersukan secara sihat dari segi mental dan fizikal.

Kumpulan Santai-santai Riders (SSR) telah mengadakan aktiviti riadah berbasikal Kayuhan Syawal Bersama SSR sejauh kira-kira 43 kilometer, bermula dari di Persiaran Kampung Penanjong Tutong, baru-baru ini.

Hampir 70 orang penggemar sukan berbasikal dari keempat-empat daerah telah menyertai aktiviti tersebut, bermula seawal jam 7 pagi, menuju ke Masjid Rancangan Perumahan Negara (RPN) Bukit Beruang. Menurut Pengerusi SSR, Awang Ariffin bin Haji Jafarudin, kegiatan tersebut sememangnya bermatlamat bagi mendidik masyarakat agar sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan mengikuti aktiviti sukan.

Tambahnya, dengan adanya aktiviti seumpama itu, ia juga dapat mewujudkan pengalaman yang berharga dalam kalangan peserta, selain mengeratkan hubungan silaturahim antara para penggemar aktiviti berbasikal di negara ini.