Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Kazuyoshi Miura sertai kelab Portugal pada usia 55 tahun

    ANKARA, 2 FEB – Pemain bola sepak tertua dunia, Kazuyoshi Miura, berpindah ke kelab bola sepak Portugal, Oliveirense pada Rabu, beberapa minggu sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-56.

    Menurut Kelab bola sepak Jepun, Yokohama FC Miura, 55, menyertai Oliveirense secara pinjaman, menurut agensi Anadolu. Penyerang Jepun itu sebelum ini berkata beliau berhasrat untuk beraksi sehingga umurnya 60 tahun.

    Miura kembali ke Eropah pada 1999 apabila menandatangani kontrak dengan kelab Dinamo Zagreb di Croatia.

    Beliau pernah merangkul kejuaraan ketika beraksi dengan kelab di Jepun dan di Croatia. Miura pernah membuat 89 penampilan antarabangsa.

    Pemain itu akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-56 pada 26 Februari. – Bernama

    Kazuyoshi Miura masih cergas untuk bermain secara profesional. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...