WAKIL dari Daerah Belait, KB Warriors FC mara ke peringkat separuh akhir Perlawanan Bolasepak 9 Sepasukan selepas berjaya membenam SMS FC dengan jaringan 5-0.
Perlawanan tersebut yang akan diadakan pada 22 Januari itu merupakan anjuran Majlis Perundingan Kampung Pengkalan Batu dan merupakan kali pertama diadakan tahun ini.

































