Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    KBRI anjur kempen derma darah

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 SEPT – Bagi memastikan kemaslahatan warga Indonesia di Brunei Darussalam sentiasa terjaga, Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di sini, baru-baru ini, telah mengadakan kempen derma darah dan pemeriksaan kesihatan secara percuma.

    Diadakan dengan kerjasama Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, acara berlangsung di Dewan dan Bilik Konsular KBRI di mana lebih kurang 200 orang warga Indonesia yang terdiri daripada pekerja dan migran Indonesia (PMI) telah menghadiri kempen dan pemeriksaan kesihatan berkenaan yang bermula 8:30 pagi hingga 4 petang.

    Aktiviti bermula dengan pemeriksaan tekanan darah dan kesihatan lain seperti pemeriksaan paras kolesterol, asid urik dan gula dalam darah.

    PMI yang hadir disambut oleh pegawai untuk pendaftaran dan pemeriksaan suhu badan sebelum pemeriksaan tekanan darah, ketinggian dan berat badan peserta.

    Kempen derma darah itu juga mendapat sambutan yang baik, di mana seramai 98 orang telah mendaftar namun hanya 78 orang yang berjaya menderma darah, manakala itu, pemeriksaan kesihatan merekodkan kehadiran seramai 124 orang.

    Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr Achmad Ubaedillah berkata aktiviti berkenaan adalah sebagai sebahagian daripada keprihatinan yang diberikan kepada warga Indonesia.

    “Tahun ini, kami mengadakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan derma darah percuma untuk komuniti kami. Saya berharap warga Indonesia dapat terus menjaga kesihatan dan juga sentiasa menyemak insurans yang sah,” ujar Tuan Yang Terutama.

    TYT Dr Achmad Ubaedillah bergambar ramai semasa kempen derma darah anjuran KBRI baru-baru ini. – Gambar serahan KBRI
    Antara yang mengambil bahagian dalam kempen derma darah tersebut. – Gambar serahan KBRI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...