Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    KBRI anjur Solat Sunat Aidiladha

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JULAI – Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Negara Brunei Darussalam, hari ini, telah mengadakan sembahyang sunat Aidiladha 1443 Hijrah bagi warga Indonesia yang berada di negara ini yang berlangsung di kompleks kedutaan berkenaan.

    Sembahyang sunat Hari Raya Aidiladha diadakan seperti pada tahun yang lalu setelah mempertimbangkan situasi COVID-19 yang agak terkawal di Negara Brunei Darussalam. 

    “Alhamdulillah, situasi tahun ini lebih baik, sehingga untuk kedua kalinya, setelah pandemik COVID-19, KBRI dapat kembali mengadakan solat Aidiladha bersama masyarakat Indonesia,” ujar Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr Sujatmiko.

    Namun begitu, sebagai usaha pembendungan, acara dilaksanakan dengan menerapkan protokol kesihatan seperti membawa sejadah sendiri, wajib menggunakan pelitup muka, dan pemeriksaan suhu badan semasa memasuki kompleks KBRI, serta mendapat keputusan negatif bagi ujian pantas antigen (ART).

    Bagi masyarakat Indonesia di Brunei Darussalam, sembahyang sunat berkenaan merupakan masa untuk berkumpul dan mempererat silaturahim antara warganegara Indonesia (WNI) dan juga sebagai pengubat rindu akan suasana di kampung halaman.

    TYT Dr Sujatmiko semasa menyampaikan ucapan pada majlis berkenaan.
    Antara yang hadir pada solat sunat Hari Raya Aidiladha yang diadakan di kompleks KBRI kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...