Wednesday, December 4, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    KBS cadang Liga untuk bakat muda

    IPOH, 3 OKT – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia bercadang mewujudkan liga bola sepak yang kompetitif dengan fokus kepada penglibatan bakat-bakat cilik di peringkat akar umbi, kata Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

    Beliau berkata perkara itu sedang diperhalusi dan dianggap sebagai usaha melahirkan lebih ramai pelapis berkualiti yang bakal membarisi skuad bola sepak Malaysia pada masa akan datang.

    “Kami mahu wujudkan ‘liga cilik’ melibatkan anak-anak yang berusia lima tahun, tujuh tahun dan sembilan tahun umpamanya. Untuk memperkasakan liga ini, kami mungkin buat di seluruh Malaysia.

    “Bagi saya, jika lebih banyak orang main (bola sepak) mutunya akan meningkat dan mempunyai ramai pelapis yang berkualiti bagi menggantikan pemain sedia ada,” katanya pada sidang media selepas melawat sebuah keluarga yang memerlukan rumah di Manjoi, di Malaysia hari ini.

    Selain itu, beliau berkata pihaknya mungkin menggunakan kaedah sama bagi memperkasakan sukan teras lain yang sememangnya berpotensi mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda