Wednesday, October 16, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    KBSentral prihatin

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    KUALA BELAIT, 6 Feb – Bersempena dengan Sambutan Tahun Baru Cina, KBSentral telah mengadakan Projek Limpahan Kasih Sentral, menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan terutama dalam kalangan masyarakat Cina, di sini, hari ini.

    Projek tersebut yang juga merupakan antara aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) telah menghulurkan sumbangan berbentuk makanan asasi kepada para penerima di Kampung Jabang, Berek Kerajaan Singa Menteri Mumong serta penghuni di Rumah Orang-orang Tua di Pekan Seria.

    Mengetuai rombongan daripada KBSentral untuk menyempurnakan penyampaian sumbangan tersebut ialah Pengurus Acara dan Pemasaran, Awang Ahmad Anwar bin Rosly dan beberapa orang kakitangan pusat membeli-belah berkenaan. Menurut Awang Ahmad Anwar, projek tersebut antara lain turut bertujuan untuk membantu meringankan beban dalam kalangan mereka yang memerlukan serta dihasratkan untuk membantu menggembirakan mereka sempena Sambutan Tahun Baru Cina.

    Beliau juga memberitahu bahawa sumbangan tersebut turut disertai oleh Jaya Hypemart KBSentral yang telah menyumbangkan lima karton limau Mandarin, lima karton air, lima guni beras, minyak masak dan sebagainya.

    Sumbangan Limpahan Kasih Sentral turut diterima oleh penghuni-penghuni Rumah Orang-orang Tua Pekan Seria.
    Sumbangan Limpahan Kasih Sentral turut diterima oleh penghuni-penghuni Rumah Orang-orang Tua Pekan Seria.
    Rombongan kakitangan KBSentral yang diketuai oleh Pengurus Acara dan Pasaran pada Projek Limpahan Kasih Sentral kelmarin.
    Rombongan kakitangan KBSentral yang diketuai oleh Pengurus Acara dan Pasaran pada Projek Limpahan Kasih Sentral kelmarin.
    Sumbangan disampaikan oleh Awang Ahmad Anwar kepada Loh Kwai Leng di Kampung Jabang Seria.
    Sumbangan disampaikan oleh Awang Ahmad Anwar kepada Loh Kwai Leng di Kampung Jabang Seria.

    Sementara itu, KBSentral menyumbangkan barangan keperluan harian seperti beras wangi, minyak masak, Milo, kopi, makanan dalam tin, pakaian dan sebagainya.

    Antara yang menerima sumbangan tersebut ialah Loh Kwai Leng dan Yong Kow Moi dari Kampung Jabang Seria, Tang Siak Niang yang tinggal di berek kerajaan tumpangan sementara di Jalan Singa Menteri Mumong dan para penghuni Rumah Orang-orang Tua Pekan Seria.

    Projek turun padang dan menyampaikan sumbangan itu merupakan inisiatif syarikat berkenaan dan dijangka akan diteruskan sebagai salah satu aktiviti kemasyarakatan mereka pada masa-masa akan datang.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda