Sunday, December 4, 2022
25.9 C
Brunei

-

KBSentral sambut raya bersama anak yatim

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 18 Julai – Dalam memeriahkan suasana Aidilfitri ini, Pusat Membeli-belah KBSentral telah menceriakan anak-anak yatim dengan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Bersama Anak-anak Yatim pada majlis yang berlangsung di ruang atrium pusat berkenaan, di sini, hari ini.

Majlis tersebut antara lain bertujuan untuk menjadikan pusat berkenaan sebagai tempat yang paling sesuai untuk mengadakan acara Sambutan Hari Raya dan lainnya, serta ia juga dihasratkan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pegawai dan kakitangan KBSentral dan masyarakat umum di sini.

Acara tersebut turut dimeriahkan lagi dengan pelbagai hidangan termasuk hidangan tajaan Potato Habits dan minuman tajaan Ochado, selain pelbagai permainan turut disediakan bagi mereka yang diraikan, termasuklah persembahan nyanyian, tarian dan sebagainya.

Selain itu, pelbagai acara diadakan yang turut menyediakan hadiah menarik kepada pemenang-pemenang seperti pertandingan meneka nama lagu raya, pertandingan menggayakan tudung dan sinjang dan sebagainya.

Majlis juga dihasratkan agar semua masyarakat di sini akan terus memberikan sokongan dan meluangkan masa berkunjung serta membeli-belah di KBSentral yang secara berterusan menyediakan pelbagai acara sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan-pelanggan mereka sepanjang tahun.

Kakitangan KBSentral memberikan layanan mesra kepada kalangan anak-anak yatim yang diraikan pada Majlis Majlis Sambutan Hari Raya Bersama Anak-anak Yatim anjuran KBSentral.
Kakitangan KBSentral memberikan layanan mesra kepada kalangan anak-anak yatim yang diraikan pada Majlis Majlis Sambutan Hari Raya Bersama Anak-anak Yatim anjuran KBSentral.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -