Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OKT – Kumpulan Cinta Al-Quran Brunei (KCQ) telah mengadakan majlis khatam Al-Quran kali ketiga di Masjid Ar-Rahman, Kampung Tanjung Bunut,hari ini.
Majlis antara lain bertujuanuntuk mengimplementasikan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dalam kehidupan dan menjadikan Al-Quran sebagai satu-satunya sumber pegangan hidup.
Selain itu, majlis tersebut juga diisikan dengan ceramah bertajuk ‘Perilaku Rasulullah Cerminan Nilai Al-Quran’ yang disampaikan oleh penceramah undangan, Haji Anwari bin Haji Rawee.
Dalam pada itu, KCQ juga berhasrat untuk menjadikan majlis tersebut sebagai acara sampingan yang akan diadakan tiga bulan sekali.