Saturday, December 7, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    KDB sedia tandatangani perjanjian baharu

    LONDON, 11 OKT – Pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne berkata dia bersedia untuk menandatangani perjanjian lanjutan di tengah-tengah laporan mengatakan bahawa pemain Belgium tersebut semakin hampir menyetujui perjanjian baharu.

    De Bruyne masih mempunyai baki dua tahun setengah dalam perjanjiannya ketika ini, tetapi dikatakan bahawa minggu ini City sedang dalam perbincangan dengannya mengenai kontrak lanjutan lumayan bernilai 300,000 pound seminggu. Pemain berusia 29 tahun, yang ketika ini bersama skuad Belgium yang sedang membuat persiapan untuk menentang England di Wembley hari ini, merupakan pemain penting untuk City dalam menjuarai kejuaraan pada tahun 2018 dan 2019.

    Ketika City diancam dengan penggantungan dari bola sepak Eropah musim lalu, De Bruyne berkata dia sedang mempertimbangkan masa depannya, tetapi rayuan mereka yang berjaya terhadap penggantungan tersebut bermakna perkara tersebut bukan lagi menjadi satu masalah buatnya.

    “Saya sangat gembira bersama kelab, saya boleh katakan saya masih belum berbincang dengan kelab jadi saya tidak tahu mengapa mereka mengatakan saya sudah bersetuju,” kaya De Bruyne, yang menyertai City pada 2015.

    “Saya sentiasa beritahu semua orang saya gembira berada di sini dan saya merasa selesa jadi jika ada wakil dari kelab yang ingin berbincang dengan saya, saya bersedia mendengar dan kita akan lihat apa yang berlaku nanti. “Tapi belum ada apa-apa yang berlaku jadi saya akan biarkan begitu sahaja.” – AFP

    Gambar fail aksi Kevin De Bruyne semasa bermain di Liga Perdana Inggeris. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda