Friday, January 17, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    KDNK 2024 Vietnam melebihi sasaran

    HANOI, 6 JAN – Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Vietnam berkembang sebanyak 7.09 peratus pada 2024, didorong oleh sektor perkhidmatan dan pengeluaran industri, menurut Pengumuman Pejabat Statistik Umum (GSO) negara itu hari ini.

    Angka tersebut melebihi sasaran tahunan KDNK Dewan Nasional sebanyak 6.5 peratus.

    Sektor perkhidmatan memberikan sumbangan terbesar kepada pertumbuhan keseluruhan tahun ini dengan lebih 49.46 mata peratusan, manakala sektor industri dan pembinaan menyumbang 45.17 mata peratusan.

    Sektor pertanian, perhutanan dan perikanan menyumbang 5.37 mata peratusan kepada pertumbuhan keseluruhan, menurut laporan itu.

    Ketua Pengarah GSO, Nguyen Thi Huong, berkata sektor pertanian, perhutanan dan perikanan pada 2024 mencatatkan kadar pertumbuhan positif sebanyak 3.27 peratus meskipun terjejas oleh bencana alam.

    KDNK Vietnam pada suku keempat mencatatkan kenaikan sebanyak 7.55 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut pejabat tersebut. Pada 2023, Vietnam mencatatkan pertumbuhan KDNK sebanyak 5.05 peratus.– Xinhua

    Orang ramai menunggang motosikal mereka di hadapan rumah-rumah lama yang sedang dirobohkan di Hanoi, kelmarin. Ekonomi Vietnam berkembang lebih daripada tujuh peratus pada 2024 menurut data kerajaan. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda