KDNK ASEAN-5 berkembang 7.8 peratus pada 2021

KUALA LUMPUR, 15 APRIL – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang pada 7.8 peratus dan Malaysia pada sembilan peratus pada 2021.

Selain Malaysia, ASEAN-5 meliputi Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam yang masing-masing akan berkembang kepada 8.2 peratus, 6.1 peratus, 7.6 peratus dan tujuh peratus.

Untuk tahun 2020, organisasi yang berpusat di Washington itu menjangkakan ekonomi Malaysia merosot 1.7 peratus, kerana KDNK ASEAN-5 susut 0.6 peratus.

Unjuran IMF 2021 untuk Malaysia lebih tinggi daripada jangkaan pertumbuhan oleh Fitch Ratings sebanyak 5.8 peratus.

Pertumbuhan global dijangka pulih kepada 5.8 peratus pada tahun 2021, mencerminkan normalisasi aktiviti ekonomi dari tahap yang sangat rendah, kata IMF dalam laporan yang dikeluarkan hari ini.

Ia mengunjurkan pertumbuhan global -3 peratus untuk 2020, yang sebahagian besarnya dipengaruhi oleh pandemik COVID-19.

“Kumpulan ekonomi maju dijangkakan berkembang pada 4.5 peratus, manakala pertumbuhan untuk negara berkembang dan kelompok ekonomi membangun dijangka berkembang pada 6.6 peratus,” katanya. – Bernama