KDNK China perlahan

BEIJING, 12 JULAI – Ekonomi China bertumbuh pada kadar paling perlahan dalam hampir tiga dekad pada suku kedua, menurut tinjauan analisis AFP, terjejas oleh perang perniagaan AS-China dan permintaan global yang lembap.

Ekonomi kedua terbesar dunia berkembang sebanyak 6.2 peratus pada April-Jun, ramal tinjauan oleh 10 ahli ekonomi sebelum pengeluaran angka keluaran dalam negara kasar pada Isnin.

Bacaan itu akan menandakan pertumbuhan suku paling teruk dalam hampir tiga dekad namun kekal dalam sasaran kerajaan sebanyak 6.0-6.5 peratus untuk seluruh tahun. Ekonomi bertumbuh 6.6 peratus pada 2018. – AFP