KDNK Jepun alami kesan teruk akibat pandemik

TOKYO, 17 OGOS – Ekonomi Jepun menguncup pada kadar tahunan 27.8 peratus pada April hingga Jun, kadar terendah paling teruk yang direkodkan, ketika pandemik koronavirus menjejaskan penggunaan dan perdagangan, menurut data kerajaan yang disiarkan hari ini.

Jepun yang juga negara utama pengeluar produk elektrik dan elektronik terkesan teruk disebabkan penularan pandemik COVID-19, yang menjejaskan penggunaan dan perdagangannya.

Pejabat Kabinet melaporkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Jepun turut jatuh suku ke suku sebanyak 7.8 peratus.

Media Jepun melaporkan penurunan terbaharu itu adalah yang terburuk sejak Perang Dunia Kedua.

Namun, pejabat Kabinet Jepun mengatakan rekod itu adalah antara yang terburuk sejak 1980, serta ketika negara itu berdepan dengan krisis kewangan global pada 2009.

Ekonomi ketiga terbesar di dunia itu mula merekodkan kejatuhan ekonomi ketika pandemik COVID-19 mula dikesan di China pada akhir tahun lalu. – AP

Pemandangan menunjukkan pencakar langit di Tokyo pada 17 Ogos. Ekonomi Jepun mengecut 7.8 peratus pada suku April-Jun. – AFP