Tuesday, April 16, 2024
36 C
Brunei

    -

    ‘Ke Temburong Bisai’ meriah

    Gambar serahan JDT

    TEMBURONG, 25 MEI – Seramai 65 pengusaha 1K1P dan beberapa pengusaha lain telah memeriahkan Program ‘Ke Temburong Bisai’ Edisi Hari Keluarga yang berlangsung di Padang Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar.

    Menurut Jabatan Daerah Temburong (JDT), program anjuran bersama MPMK Daerah Temburong sempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan itu akan berlangsung hingga 28 Mei ini.

    Program itu merupakan inisiatif majlis perundingan mukim dan kampung (MPMK) sebagai pengendali dalam usaha melibatkan masyarakat menyertai aktiviti kekeluargaan selama empat hari itu selain daripada memberikan peluang kepada pengusaha Satu Kampung Satu Produk (1K1P) menjana pendapatan.

    Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan tersebut merupakan satu wadah penyatuan dan penyampaian kepentingan keharmonian keluarga dan pengukuhan institusi keluarga sejajar dengan konsep kemasyarakatan yang ingin dikukuhkan oleh MPMK.

    Antara pengisian kali ini termasuk Program Derma Darah Sekeluarga, Pertandingan Memasak Sekeluarga, Pertandingan Mewarna Terbuka Sekeluarga, Walkaton Amal bagi mengutip Tabung Anak-Anak Yatim Temburong dan Sukan Ria Sekeluarga.

    Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah dialu-alukan hadir ke Program ‘Ke Temburong Bisai’ Edisi Hari Keluarga Kebangsaan untuk memeriahkan dan seterusnya ikut serta di dalam aktiviti-aktiviti yang telah disediakan.

    Antara aktiviti kekeluargaan yang memeriah-kan suasana Program ‘Ke Temburong Bisai’.
    Antara aktiviti kekeluargaan yang memeriahkan suasana Program ‘Ke Temburong Bisai’.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sapporo alami musim panas paling awal

    TOKYO, 15 APRIL - Suhu di bandar utara Jepun, Sapporo melepasi 25 darjah Celsius, catatan paling awal dalam mana-mana tahun dalam rekod, kata seorang...