Keadaan Boris Johnson dilaporkan stabil

MOSCOW, 8 APRIL – Perdana Menteri Boris Johnson, kini berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sejak Isnin, lapor agensi berita Sputnik.

“Saya dimaklumkan Perdana Menteri berada dalam keadaan stabil. Sebelum ini dia perlu oksigen tetapi tidak menggunakan mesin alat bantuan pernafasan,” kata Edward Argar Menteri di Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Sosial negeri. – Bernama