Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Keadaan dua aktivis mogok lapar semakin membimbangkan

    BANGKOK, 7 FEB – Kerisauan mengenai keadaan dua orang penunjuk perasaan yang menggesa reformasi politik dan undang-undang di Thailand semakin meruncing kelmarin selepas hospital di mana kedua-dua wanita itu dirawat memanggil ibu bapa mereka dengan segera.

    Tantawan ‘Tawan’ Tuantulanon, 21, dan Orawan ‘Bam’ Phuphong, 23, mengadakan mogok lapar sejak 18 Januari lalu, yang menuntut agar reformasi dilakukan terhadap sistem undang-undang, membebaskan tahanan politik yang perbicaraan mereka ditunda dan meminta penggubal undang-undang untuk meminda atau menghapuskan undang-undang yang dikenakan terhadap penentang politik.

    Peguam mereka, Krisadang Nutcharas, berkata mereka berada dalam keadaan tenat dan berisiko kehilangan nyawa.

    “Ibu bapa mereka tidak dapat tidur semalam dan mereka berada di sini sejak pagi,” kata Krisadang di Hospital Universiti Thammasat di luar bandar Bangkok. Kedua-dua wanita itu beberapa hari lalu bersetuju untuk minum air. Enggan mengambil air dan makanan boleh menyebabkan kecederaan kekal malahan boleh membawa maut sekiranya berterusan bagi tempoh yang lama.

    Dua aktivis itu merupakan sebahagian daripada sekurang-kurangnya 228 orang, termasuk 18 orang remaja bawah umur, yang didakwa kerana melanggar undang-undang lese majeste, yang membawa kepada hukuman penjara tiga hingga 15 tahun kerana menghina monarki.

    Bantahan pro demokrasi yang diketuai oleh pelajar bermula pada 2020 yang secara terbuka mengkritik monarki, membawa kepada penangkapan di bawah undang-undang, yang sebelum ini jarang berlaku. – AFP

    Aktivis Tawan dan Bam menuang cecair merah ke kepala mereka dalam bantahan di luar Mahkamah Jenayah di Bangkok, 16 Januari 2023.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...