Keadaan pembuatan asean meningkat lebih cepat

KUALA LUMPUR, 5 MEI – Keadaan pembuatan ASEAN mencatatkan penambahbaikan lebih pantas pada April tahun ini kepada 51.9 daripada 50.8 yang direkodkan pada Mac, demikian menurut data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) IHS Markit.

Katanya, prestasi lebih kukuh sektor itu merupakan peningkatan terpantas dalam pengeluaran sejak Julai 2014 dan kenaikan yang tertinggi dalam pesanan baharu sejak Mei 2013, disertai dengan keyakinan perniagaan yang semakin baik apabila syarikat optimis ke arah unjuran tahun hadapan.

Ahli ekonomi IHS Markit, Lewis Cooper berkata data PMI pada April menunjukkan prestasi yang lebih baik bagi sektor pembuatan ASEAN dengan isyarat yang jelas bahawa pemulihan telah bermula.

“Sektor pembuatan ASEAN dilihat bertambah baik pada April. Keadaan perniagaan semakin baik pada kadar terpantas sejak Julai 2014 di tengah-tengah peningkatan kukuh pengeluaran manakala pertumbuhan terkini mengenai pesanan baharu adalah yang terpantas sejak Mei 2013.

“Kemudiannya, syarikat merekodkan unjuran paling meningkat pada tahun akan datang sejak Januari 2020,” katanya dalam kenyataan hari ini. Cooper berkata kelewatan bekalan sekali lagi merupakan bukti meskipun berkurangan memandangkan purata masa tunggu bagi input dilanjutkan kepada had terkecil sejak akhir November lepas, memberi isyarat bahawa tekanan rantaian bekalan yang mulai reda kerana telah memasuki suku kedua tahun ini. – Bernama