Keadaan Yusuf semakin baik

Pelakon drama Satukan Rasa, Yusuf Bahrin, 29, disahkan positif COVID-19, baru-baru ini. Bagaimanapun, keadaan kesihatannya semakin baik.

Selain Yusuf, dua adik lelaki, Yasser Bahrin dan Amin Bahrin turut disahkan positif COVID-19. Mereka kini menjalani kuarantin kendiri di rumah adiknya. Yusuf berkata, dia dijangkiti virus berkenaan daripada adiknya. Bagaimanapun, tempoh kuarantin mereka dijangka berakhir pada Jumaat ini.

“Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya semakin baik. Cuma, saya masih hilang deria bau dan rasa.

“Selain itu, saya masih mengalami batuk dan badan masih agak letih. Bagaimanapun, tiada apa yang serius dan perlu dibimbangkan.

“Insya Allah, jika tiada apa-apa, saya akan memotong gelang merah jambu pada Jumaat ini,” katanya kepada media.

Yusuf atau nama sebenarnya, Muhammad Yusuf Bahrin berkata, dia terpaksa menunda tarikh suntikan dos kedua vaksin atas nasihat doktor, gara-gara dijangkiti virus berkenaan. Terdahulu, Yusuf memaklumkan disahkan positif COVID-19 menerusi laman Instagram (IG), baru-baru ini. – Agensi

Yusuf Bahrin berkata, dia dijangkiti virus COVID-19 daripada adiknya. – Agensi