Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keadaan Zayn Malik kejutkan peminat

    PEMINAT penyanyi Zayn Malik tertanya-tanya berhubung keadaan bekas anggota kumpulan One Direction itu apabila dia dilihat berkerusi roda ketika berada di New York baru-baru ini.

    Zayn, 24,  turut tidak memakai kasut pada kaki kirinya yang dilihat berbalut dan ditutup menggunakan sarung kaki sahaja.

    Jurucakap penyanyi itu mendedahkan Zayn mengalami kecederaan pada bahagian kakinya namun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kecederaan dialaminya.

    “Ya, dia tercedera tetapi ia tidak membimbangkan,” kata jurucakapnya seperti dipetik dari laporan E Online.

    Keadaan Zayn Malik yang berkerusi roda menjadi tanda tanya peminat.
    Keadaan Zayn Malik yang berkerusi roda menjadi tanda tanya peminat.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda